ARBITRAJ ( ARBITRAGE ) dan pasaran matawang




Arbitraj ( arbitrage activities) merupakan salah satu komponen penting dalam pasaran pertukaran wang asing . Ianya merupakan aktiviti mencari keuntungan tanpa risiko,  hasil dari pembelian sesuatu aset yang murah dari sesuatu pasaran dan menjualkan aset berkenaan  dengan nilai yang lebih tinggi dalam  pasaran lain.   Seseorang pengarbitraj akan mengesan perbezasesuatu pasaran dan dalaman itu dengan membeli suatu matawang di pasaran yang murah dan menjualkan di pasaran yang mahal. Proses arbitraj itu akan berterusan sehingga tiada lagi keuntungan yang dapat diperolehi, iaitu apabila kadar menjadi sama di semua pasaran. Terdapat 2 jenis arbitraj yang mempengaruhi pasaran pertukaran wang iatu Arbitraj Barangan ( Arbitrage of Good ) dan Arbitraj Wang ( Arbitrage of Money ).

Arbitraj Barangan

Arbitraj barangan merupakan aktiviti pembelian barangan tanpa risiko iaitu dengan membeli barangan dari pasaran yang murah dan menjualkannya di pasaran yang lebih tinggi untuk mendapat keuntungan.  Dalam kontek perdagangan antarabangsa, arbitaj barangan di ukur menggunakan Theory of Purcashing Power Parity (PPP).  Theory of Purcashing Power Parity (PPP) merupakan kadar pertukaran matawang dari dua buah negara berlainan yang mempunyai kuasa membeli yang sama terhadap kuantiti barangan yang sama apabila pembelian dibuat di negara berkenaan. (tidak termasuk kos transaksi, kos pengangkutan, cukai dan lain-lain).

Contoh : 
Pertukaran wang  antara US dan Kanada adalah US$0.080 = Can $1.00
Pembelian seluar jeans Levi’s di US adalah USD24.00.  Di Kanada pula Levi’s dijual dengan harga Can$30.00.

Mengikut teori PPP harga Levi’s di kedua-dua negara adalah sama.  Ini dapat di buktikan dengan formula PPP:

US $0.80  x Can $30.00 = US$24.00
Can $1.00

Sekiranya berlaku perubahan dari segi pertukaran matawang seperti kejatuhan kadar pertukaran matawang Kanada kepada US $0.60 = Can $1.00 dan Levi’s masih dijual dengan harga Can $30.00 TETAPI  nilai dalam matawang US  kali ini adalah US $18.00.  Olehitu pemegang matawang US boleh membeli Levi’s yang lebih murah di Kanada berbanding di Amerika Syarikat.  Keadaan ini berlaku apabila Kanada membuat pelaburan di Mexico dengan membekalkan Levi’s  ke negara berkenaan. Olehitu  matawang Kanada meningkat di Pasaran Pertukaran asing  untuk pembelian matawang Mexico. Nilai matawang Kanada akan jatuh . Pasaran-pasaran yang terlibat dalam prose arbitraj ini adalah :

I-  Pasaran pertukaran matawang antara matawang US dan matawang                             Kanada.
Ii- Pasaran Levi’s di US
Iii- Pasaran Levi’s di Mexico

Dengan membeli Levi’s di Kanada, matawang US meningkat di pasaran pertukaran matawang,  Olehitu nilai matawang US jatuh manakala nilai matawang Kanada meningkat. Sikap warganegara US yang kurang membuat pembelian Levi’s dalam negara telah menyebabkan harga Levi’s menjadi murah kerana kurang permintaan. Harga Levi’s menjadi tinggi di Kanada kerana disebabkan permintaan yang tinggi  dalam kalangan warga US. Proses arbitraj ini akan terus berlaku sehingga harga Levi’s dalam kedua-dua matawang adalah sama di kedua-dua negara.

Dengan menggunakan teori PPP, taraf kehidupan sesuatu negara dapat ditentukan. Ini adalah kerana PPP dapat menentukan kuasa membeli warganegara setiap negara dan seterusnya dapat menentukan taraf kehidupan negara berkenaan.

Arbitraj  Matawang ( Arbitrage of money )

Arbitrage matawang merupakan aktiviti mendapat keuntungan hasil dari transaksi pembelian satu matawang dalam satu pasaran dan menjualnya kepada pasaran lain yang mempunyai pertukaran matawang yang lebih tinggi. Arbitraj matawang terbahagi kepada 3, iaitu :

I-  Two-point arbitrage
Ii- Three-ponit arbitrage dan
Iii-  Covered interest arbitrage.

Two-point arbitrage
Two-point arbitrage juga dikenali sebagai geographic arbitrage.  Ianya melibatkan keuntungan yang diperolehi dari perbezaan harga atau kadar matawang  dari dua pasaran yang berbeza. Contohnya :  £1 diniagakan $2.00 di New York dan $1.80 di London. Oleh itu peniaga matawang akan membeli £1 di London dengan harga $1.80. Kemudian akan menukarkan/menjualkan  £1 yang diperolehi di London dalam pasaran pertukaran asing dengan harga $2.00 di New York. Dengan ini peniaga matawang memperolehi keuntungan $0.20 tanpa mengalami sebarang risiko.

Arbitraj segitiga (Three-point arbitrage)

Proses menukar satu matawang kepada matawang  kedua, menukar matawang kedua kepada matawang ketiga dan, akhirnya menukar kembali kepada mata wang asal dalam jangka masa yang singkat.  Peluang arbitraj segi tiga jarang berlaku dan ianya terjadi dalam tempoh yang singkat.  Oleitu peniaga-peniaga matawang menggunakan peralatan komputer yang  canggih dengan program yang terkini yang boleh mengautomasikan proses pertukaran matawang berkenaan.

Sebagai contoh, andaikan anda mempunyai $ 5 juta dan anda disediakan dengan kadar pertukaran: EUR / USD = 0.8171, EUR / GBP = 1.1910 dan
USD / GBP = 1.4650

Dengan kadar pertukaran terdapat peluang arbitraj:
Menjual dolar euro: $ 5,000,000 x 0.8171 = 4,085,500
Jual euro untuk pound: 863100 / 1.1910 = £ 3,430,311
Jual pound untuk dolar: 3,430,311 x 1.4650 = $ 5,025,406

$ 5,025,406 - $ 5,000,000 = $ 25,406
Daripada urus niaga ini, anda akan menerima keuntungan arbitraj sebanyak $25,406 (dengan andaian tiada kos urusniaga atau cukai).

'Klik gambarajah untuk zoom


Covered interest arbitrage
Covered interest arbitrage  adalah arbitraj yang berlaku apabila terdapat perbezaan kadar faedah  antara dua negara di dalam  diskaun / premium hadapan  matawang negara berkenaan.   Oleh itu pelabur-pelabur matawang seperti bank, syarikat insuran dan syarikat korporat akan membuat keputusan samada membuat pelaburan jangka pendek di dalam negara atau pun di luar negara dan mendapatkan kadar faedah yang rendah dalam pinjaman jangka pendek ( short-term loans ).   Dengan kaedah ini mereka dapat dilindungi dari risiko perubahan kadar faedah.

Contoh : 
Pelabur di Amerika Syarikat mempunyai  $ 5.000.000 USD  dan perlu menimbang sama ada untuk melabur di dalam negara ataupun menggunakan strategi Covered interest arbitrage untuk mendapat keuntungan.
Kadar faedah deposit adalah 3.4% di Amerika Syarikat
Kadar deposit euro ialah 4.6% dalam kawasan euro .
Kadar pertukaran matawang semasa adalah $ 1,2730 / € dan
kadar pertukaran matawang enam bulan  hadapan  adalah $ 1,3000 / €.
(Pengkompaunan faedah di abaikan).

Hasil pelaburan  $ 5170000 USD selepas enam bulan :
I-  Dalam negara ( Amerika Syarikat ) adalah  $ 5170000 USD
( $ 5000000 USD x 3.4% )
Ii- Luar negara ( kawasan euro ) adalah  $ 5.340.927 USD
( $ 5000000 USD x 1.2730= €3,927,730 x4.6% = €4,108,405 x 1.3 )

Dengan menggunakan strategi Covered interest arbitrage , keuntungan sebanyak $ 340.927 USD diperolehi berbanding dengan pelaburan didalam negara $170,000 USD .  Oleh itu pelabur akan memilih untuk membuat pelaburan diluar negara dimana memberi lebih banyak keuntungan.
CARTA PELABURAN $5,000,000

'Klik gambarajah untuk zoom'


No comments:

Post a Comment