<<<Muat turun artikel>>>
BAB 27 : PEMBANGUNAN MENERUSI KERJASAMA ANTARABANGSA
I : PENDAHULUAN
27.01Dalam tempoh Rancangan Malaysia
Kelapan (RMKe-8), kerjasama yang dipupuk dengan komuniti antarabangsa
mengukuhkan kerjasama peringkat dua hala, serantau dan pelbagai hala. Kerjasama
antarabangsa adalah penting memandangkan Malaysia merupakan negara ekonomi
terbuka dan negara perdagangan yang ke-18 terbesar di dunia. Malaysia juga
menyokong kerjasama peringkat pelbagai hala bagi mempelopori keamanan dan
pembangunan antarabangsa dan juga mempromosi secara aktif kerjasama
Selatan-Selatan melalui Program Kerjasama Teknikal Malaysia (PKTM).
27.02Malaysia akan terus mempergiat usaha untuk memperkukuh kerjasama antarabangsa ke arah pembentukan dasar dan strategi yang sesuai bagi memboleh negara membangun menerima manfaat globalisasi dengan lebih saksama. Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9), inisiatif akan diambil bagi meningkatkan kerjasama serantau dan kerjasama dengan rakan pembangunan ke arah memperluas hubungan global negara. Bagi memperkukuh lagi PKTM, strategi baru akan diambil untuk meningkat kerjasama dengan sektor swasta dan badan bukan kerajaan (NGO). Di samping terus menumpu kepada pembinaan modal insan dengan kerjasama negara membangun lain, PKTM juga akan menyokong inisiatif bagi memajukan lagi hubungan dua hala.

II : KEMAJUAN 2001-2005
27.03Dalam tempoh RMKe-8, Malaysia bekerjasama dengan
rakan pembangunan dua hala, pelbagai hala dan serantau untuk menangani beberapa
isu peringkat serantau dan global yang mempengaruhi pembangunannya serta
menyokong kerjasama Selatan-Selatan menerusi perkongsian pengalaman
pembangunan. Penekanan khusus diberi kepada pembangunan modal insan dan
peningkatan keupayaan institusi ke arah mencapai Matlamat Pembangunan Milenium
(MDG). Usaha diambil untuk memperkukuh hubungan politik dan ekonomi selaras
dengan dasar luar negara Malaysia, terutamanya dalam kumpulan serantau seperti
Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) dan Kerjasama Ekonomi
Asia-Pasifik (APEC) serta kumpulan seperti Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)
dan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM).
Kerjasama Dua Hala
27.04Kerjasama dua hala dipertingkatkan dengan negara rakan melalui penubuhan 22 buah pejabat perwakilan baru, menanda tangani 14 perjanjian kerjasama ekonomi, saintifik dan teknikal, dan mengadakan 23 Mesyuarat Suruhanjaya Bersama. Kerjasama perdagangan dan perkhidmatan telah dipertingkatkan dengan termeterainya 45 perjanjian perdagangan dan perkhidmatan. Rundingan bagi perjanjian perdagangan bebas dua hala dimulakan dengan beberapa rakan dagangan utama. Perjanjian Perkongsian Ekonomi Jepun-Malaysia (JMEPA) ditanda tangani pada tahun 2005 untuk menggalak kerjasama, liberalisasi dan pemudahan dalam perdagangan dan pelaburan. Rundingan yang sama dibuat dengan Pakistan, India, Australia dan New Zealand manakala persediaan juga dibuat untuk rundingan dengan Amerika Syarikat dan Chile. Di samping itu, Jawatankuasa Strategi Pembangunan Bersama (JDS) kawasan sempadan Malaysia-Thailand ditubuhkan untuk menggalak pembangunan ekonomi dalam empat negeri di Malaysia dan lima provinsi di Thailand.
27.05Malaysia terus menerima bantuan pembangunan rasmi (ODA) dua hala namun pada tahap yang lebih rendah. Jepun merupakan rakan bantuan dua hala terbesar yang menyediakan pinjaman mudah sebanyak AS$1.5 bilion untuk projek pembangunan sumber manusia, enterpris kecil dan sederhana (EKS) dan infrastruktur.
27.06Jumlah bantuan teknikal dua hala yang diterima oleh Malaysia ialah sebanyak AS$328.4 juta. Daripada jumlah tersebut, AS$260.1 juta atau 79 peratus diterima daripada Jepun, seperti ditunjukkan dalam Jadual 27-1. ODA yang diterima daripada Denmark ialah sebanyak AS$46.4 juta dalam bidang alam sekitar dan AS$12.5 juta daripada Jerman bagi latihan kemahiran. Malaysia telah dikeluarkan daripada senarai penerima bantuan ODA Australia pada tahun 2003 dan Kanada pada tahun 2004.
Kerjasama Serantau
27.07Selaras dengan komitmen Malaysia terhadap regionalisme terbuka, Malaysia meneruskan penyertaan aktif dalam ASEAN, APEC dan Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM). ASEAN merupakan teras utama dasar luar dan serantau negara melibatkan kerjasama dalam bidang berkepentingan bersama yang luas. Penyertaan dalam APEC bertujuan memupuk kerjasama dalam isu perdagangan dan ekonomi serantau dan global yang luas, terutamanya dalam bidang pemudahan perdagangan dan perniagaan dan bina upaya. APEC juga menyediakan forum yang berguna untuk mendapat maklumbalas daripada komuniti perniagaan antarabangsa dalam pembentukan inisiatif APEC yang memudah dan meningkatkan aktiviti perniagaan dalam rantau Asia Pasifik. Kerjasama dengan ASEM adalah berdasarkan dialog politik, kerjasama ekonomi dan interaksi budaya.
27.08Dalam tempoh Rancangan, anggota ASEAN meningkatkan kerjasama untuk menangani isu serantau dari segi ekonomi, politik dan keselamatan. Anggota ASEAN melalui Deklarasi ASEAN Concord II yang dibuat dalam Sidang Kemuncak ASEAN Kesembilan di Bali, Indonesia pada tahun 2003 telah mengesahkan semula komitmen penubuhan Komuniti ASEAN selaras dengan Wawasan 2020 ASEAN.
27.09Malaysia menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN Ke-11 dan Sidang Kemuncak Berkaitan yang diadakan pada 12 sehingga 14 Disember 2005. Sidang Kemuncak tersebut mencapai kemajuan yang baik ke arah mendalami komitmen untuk mengukuh integrasi ekonomi dalam rantau ini. Kemajuan ini termasuk mencepatkan liberalisasi sektor perkhidmatan ASEAN sebanyak lima tahun kepada 2015 dan mempercepatkan lagi integrasi sektor perkhidmatan pelancongan dan penerbangan dalam pelaksanaan Fasa II Integrasi Sektor Utama.
27.10 Langkah diambil untuk memperkukuh rantaian ekonomi ASEAN dengan rakan dialog utama termasuk negara Plus Three1, India, Rusia dan Australia-New Zealand. Framework Agreement on Comprehensive Economic Cooperation antara ASEAN dengan China ditanda tangani pada tahun 2002 memperuntuk, antara lain, penubuhan ASEAN-China Free Trade Area (FTA) menjelang tahun 2010. Perjanjian mengenai Trade in Goods dilaksanakan sejak 1 Julai 2005. Framework Agreement yang sama telah ditanda tangani antara ASEAN dengan Republik Korea, ASEAN dengan India dan ASEAN dengan Jepun untuk mengukuhkan lagi kerjasama ekonomi termasuk penubuhan FTA untuk ASEAN dengan Republik Korea menjelang 2010, ASEAN dengan India 2011 dan ASEAN dengan Jepun 2012. Sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-11, Malaysia menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) yang pertama yang menyediakan forum untuk negara ASEAN dan Plus Three berunding dengan negara rakan, iaitu India, Australia-New Zealand dan Rusia mengenai isu berkepentingan strategik yang luas kepada rantau Asia Timur.
27.11Inisiatif rantau-kecil dalam ASEAN juga menerima perhatian yang lebih dengan penganjuran Sidang Kemuncak Pertama Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) dan Sidang Kemuncak Kedua Kawasan Pertumbuhan
1 Republik Rakyat China, Jepun dan Republik Korea.
ASEAN Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) pada 11 Disember 2005 di Kuala Lumpur. Untuk mengurangkan jurang pembangunan antara negara anggota ASEAN, Malaysia melaksanakan 33 projek bina upaya di bawah Initiative for ASEAN Integration (IAI) bagi Cambodia, Lao PDR, Myanmar dan Vietnam dengan kos sebanyak RM5.8 juta.
Kerjasama Pelbagai Hala
27.12Malaysia terus bekerjasama dengan Rancangan Colombo, Komanwel, OIC, NAM dan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) untuk meningkatkan kerjasama pembangunan. Kerjasama dengan Bank Pembangunan Asia (ADB), Bank Pembangunan Islam (IDB) dan Bank Dunia adalah bertujuan untuk meningkatkan keupayaan negara dalam pelbagai bidang seperti produktiviti, pelaburan dan pendidikan. Malaysia terus mendapatkan bantuan modal daripada IDB sebanyak AS$148.4 juta untuk pembelian peralatan. Malaysia menjadi tuan rumah Mesyuarat Lembaga Gabenor IDB Ke-30 pada bulan Jun 2005 dan dua Memorandum Persefahaman serta tiga perjanjian ditanda tangani termasuk program
biasiswa anjuran bersama untuk pendidikan tertiari dan bina upaya dalam industri kelapa sawit di Sierra Leone. Malaysia juga dilantik untuk mempengerusi Suruhanjaya Wawasan 1440H IDB yang diamanahkan untuk mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh ummah dan peranan masa hadapan IDB untuk menghadapi cabaran tersebut dengan lebih baik. Malaysia menyertai OIC Trade Preferential System dan menanda tangani peraturan pembayaran dua hala (BPA) dengan beberapa negara anggota OIC. Selaras dengan komitmen terhadap usaha menjaga keamanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Malaysia menyertai 13 misi di Afrika, Timur Tengah, Eropah Tengah, Caribbean dan Asia.
27.13Malaysia menerima bantuan teknikal berjumlah AS$35.5 juta daripada agensi khusus PBB. Walau pun bantuan teknikal yang diterima semakin berkurangan, Malaysia terus bekerjasama dengan agensi tersebut seperti Program Pembangunan PBB (UNDP), Tabung Kependudukan PBB (UNFPA) dan Tabung Kanak-Kanak PBB (UNICEF). Namun Malaysia semakin mengambil peranan yang lebih besar sebagai rakan pembangunan dengan projek dilaksana secara perkongsian kos. Pencapaian matlamat MDG telah didokumen dan dilancarkan pada bulan Januari 2005. Laporan ini menonjolkan pencapaian Malaysia dalam kesemua sasaran MDG, iaitu kemiskinan, kesihatan dan pendidikan, alam sekitar dan perkongsian global, lebih awal daripada tahun 2015 sepertimana yang disasar, melainkan Matlamat Keenam, iaitu menghentikan dan mengurangkan jangkitan HIV/AIDS. Sumbangan Malaysia kepada pertubuhan dan institusi pelbagai hala adalah sebanyak RM341.3 juta, seperti ditunjukkan dalam Jadual 27-2.
Program Kerjasama Teknikal Malaysia
27.14Dalam tempoh Rancangan, Malaysia memperluas lagi skop kerjasama Selatan-Selatan melalui perkongsian pengalaman pembangunan dengan negara membangun lain. Sehubungan ini, skop dan liputan PKTM diperluas dengan tumpuan terus diberi kepada pembangunan modal insan, kerjasama berbentuk projek dan khidmat nasihat. Bilangan negara ahli PKTM meningkat daripada 121 kepada 135 negara manakala 16 institusi latihan baru menyertai program tersebut dengan menyediakan kursus jangka pendek. Dengan itu, jumlah institusi latihan telah meningkat hampir dua kali kepada 34. Dalam tempoh Rancangan, jumlah peserta meningkat dengan ketara, iaitu 158 peratus kepada 7,030 peserta berbanding 2,724 peserta dalam Rancangan Malaysia Ketujuh, seperti ditunjukkan dalam Carta 27-1. Sejumlah RM164.3 juta dibelanja untuk melaksanakan aktiviti PKTM.
27.15Beberapa projek khusus dilaksanakan termasuk bantuan khas dalam bentuk khidmat perunding untuk Algeria, Pakistan, Sudan, Timor Leste, Uganda, Afrika Selatan dan Namibia serta projek pembangunan di Bosnia Herzegovina, Malawi, Lao PDR dan kajian kemungkinan di Iran, Syria dan Myanmar. Bagi mengukuhkan impak program tersebut, PKTM melaksanakan beberapa inisiatif termasuk menggalakkan rangkaian antara alumni PKTM, mengeluarkan video korporat, menerbit buku PKTM dan kalendar kursus tahunan serta menerbit MTCP Alumni Newsletter sebanyak tiga kali setahun. Program Alumni Homecoming and Study Visit diadakan pada bulan Mei 2005 bagi memperbaharui hubungan dua hala dan menggalakkan rangkaian antara alumni dengan rakan sejawat di Malaysia termasuk sektor swasta. Kerjasama telah dibuat dengan Rancangan Colombo dan Japan International Cooperation Agency (JICA) bagi menjalankan 47 kursus di bawah Program Kerjasama Latihan bagi Negara Ketiga (TCTP) secara perkongsian kos berasaskan 11 tema seperti diplomasi, latihan perubatan, latihan kemahiran dan pembangunan EKS.

III : PROSPEK 2006-2010
27.16Dalam tempoh RMKe-9, Malaysia akan
terus memain peranan secara aktif untuk menggalakkan kerjasama antarabangsa
peringkat dua hala, serantau dan pelbagai hala bagi mewujudkan sistem yang
lebih adil dan saksama pada peringkat antarabangsa untuk mencapai matlamat
negara. Di samping tumpuan terus diberikan kepada bina upaya dan perkongsian
pengalaman dengan negara Selatan, PKTM akan memula hala tuju strategik baru
yang akan meningkatkan lagi penglibatan sektor swasta dan NGO dalam
melaksanakan program serta memperkemas aktiviti bagi meningkatkan keberkesanan
kos dan impak.
Kerjasama Dua Hala
27.17Dalam tempoh Rancangan, Malaysia akan menerus dasar mengenai kerjasama pembangunan melalui penubuhan dan pengukuhan hubungan dua hala dengan negara maju dan negara membangun. Teras hubungan dua hala negara adalah untuk memperkukuh hubungan bagi faedah bersama. Pejabat perwakilan yang baru akan ditubuhkan di negara rakan manakala mekanisme Mesyuarat Suruhanjaya Bersama akan diperkukuh untuk memantap hubungan dua hala, terutama kerjasama dalam sains dan teknologi, pertukaran pendidikan dan kebudayaan serta perdagangan dan pelaburan. Sehubungan ini, perjanjian jaminan pelaburan (IGA), BPA dan Tatacara Kredit dan Pembayaran Minyak Sawit (POCPA) serta perjanjian perdagangan dan pelaburan akan dirundingkan antara Malaysia dengan negara yang menjalin kerjasama.
27.18Bantuan Pembangunan Rasmi Dua Hala. Malaysia akan terus berusaha mendapatkan kerjasama daripada sumber tradisional pinjaman pembangunan bagi melaksanakan projek dalam bidang tumpuan yang dikenal pasti, terutama pembangunan modal insan. Malaysia dan Japan Bank for International Cooperation (JBIC) akan menjalankan penilaian bersama mengenai projek ODA dua tahun selepas projek tersebut disiapkan bagi memasti projek berkenaan memberi faedah bersama. Melalui pendekatan ini projek akan dinilai daripada perspektif kedua-dua negara, dengan ini menyumbang kepada penggubalan projek masa hadapan.
27.19Bantuan Teknikal Dua Hala. Dalam tempoh Rancangan, bantuan teknikal daripada Jepun akan berpandu kepada JMEPA. Sehubungan ini, inisiatif, program dan projek akan dilaksanakan di bawah Economic Partnership Programme (EPP), iaitu program di bawah Perjanjian tersebut. Di bawah EPP, kedua-dua negara adalah komited kepada objektif meningkatkan pembangunan sosioekonomi, memperkukuh daya saing, membangun modal insan, menggalak pembangunan mampan dan merapat jurang antara Malaysia dengan Jepun.
27.20Bantuan teknikal akan terus merangkumi kajian pembangunan, kerjasama berbentuk projek, geran kebudayaan serta penghantaran Japan Overseas Cooperation Volunteers (JOCV), Japan Senior Volunteers (JSV) dan pakar. JOCV dan JSV akan ditempatkan untuk melengkap dan menyokong kerjasama berbentuk projek dan khidmat pakar. JOCV akan terus memberi khidmat, terutama dalam pembangunan desa, pendidikan khas, khidmat kebajikan masyarakat dan alam sekitar. Pengalaman dan kepakaran JSV akan terus menyumbang ke arah bina upaya serta pemindahan kepakaran teknikal dan industri untuk pembangunan sektor pembuatan.
27.21Dalam tempoh Rancangan, kerjasama dengan Danish International Development Agency (DANIDA) akan terus ditumpu kepada komponen bahan berbahaya alam sekitar, pengurusan sisa pepejal dan pengurusan biodiversiti di bawah Environment Cooperation Programme (ECP). Unit Sokongan Program akan ditubuhkan di Unit Perancang Ekonomi (UPE) pada tahun 2006 sebagai sekretariat untuk mengkaji dan melaksana projek ECP. Unit ini juga akan mengambil alih fungsi pasukan DANIDA di Kuala Lumpur mulai tahun 2007 seterusnya sementara DANIDA akan terus memberi sokongan kepada ECP dari segi prosedur dan perkara teknikal. Satu program sistem pemantauan ECP akan juga diwujud untuk memasti keberkesanannya.
27.22Kerjasama teknikal dengan Jerman akan diterus melalui Deutsche Gesellschaft Fur Technische Zusammenarbeit (GTZ) bagi Projek Pendidikan Perhutanan Malaysia-Jerman dengan tempoh pelaksanaan selama enam tahun yang dijangka berakhir pada tahun 2009. Projek ini akan merangkumi pembangunan kurikulum dalam bidang perhutanan untuk kursus di peringkat ijazah dan ijazah lanjutan serta meningkat keupayaan penyelidikan dan khidmat nasihat. Melalui projek ini, Universiti Malaysia Sabah dijangka dapat membangunkan lagi Sekolah Antarabangsa Perhutanan Tropika yang akan menggalakkan pembangunan perhutanan yang mampan, terutamanya memandangkan jaraknya yang dekat dengan salah satu ekosistem hutan terbesar di dunia.
Kerjasama Serantau
27.23Dalam tempoh Rancangan, Malaysia akan terus bekerjasama pada peringkat serantau untuk menjadikan rantau ini lebih dinamik dan meningkat lagi kerjasama antara rantau. Malaysia akan juga bekerjasama dengan negara serantau untuk menangani isu bersama dan meningkat daya saing untuk pertumbuhan ekonomi dan pembangunan melalui integrasi ekonomi yang lebih rapat, khususnya di kalangan anggota ASEAN.
27.24Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara. Malaysia bersama anggota ASEAN lain akan terus mengambil langkah untuk memperkukuh integrasi ekonomi ASEAN ke arah mencapai matlamat Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) menjelang tahun 2020. Sehubungan ini, Malaysia akan bekerjasama secara aktif dengan anggota ASEAN untuk melaksana pelbagai inisiatif di bawah Vientiane Action Programme (VAP) dan Perjanjian Rangka Kerja Bagi Integrasi Sektor Utama. Liberalisasi sektor perkhidmatan yang dicepatkan dijangka akan menggalak perdagangan dalam perkhidmatan di kalangan anggota ASEAN dan juga menyedia ransangan yang perlu untuk mengekal dan meningkat pertumbuhan ekonomi.
27.25Dalam tempoh Rancangan, selain daripada ASEAN-China FTA in Goods, ASEAN juga akan melaksana ASEAN-Korea FTA in Goods pada tahun 2006. Usaha akan dipertingkat untuk memuktamadkan rundingan FTA yang sedang berlangsung dengan rakan dialog lain. Semua FTA ini dijangka akan mempunyai impak penting ke atas ekonomi ASEAN dan menyedia pemangkin bagi terus menarik pelaburan asing ke rantau ini.
27.26Malaysia akan terus memberi galakan dan menyokong kerjasama dalam rangka kerja ASEAN Plus Three ke arah penubuhan komuniti Asia Timur termasuk kemungkinan mewujud FTA Asia Timur. Kerjasama dengan Jepun, Republik Rakyat China dan Republik Korea akan diterus bagi menjayakan inisiatif pembangunan rantau kecil, terutama dalam kawasan Pertumbuhan Segi Tiga dan usaha untuk mengurangkan jurang pembangunan antara negara anggota ASEAN. Malaysia akan juga menerajui usaha memperkemas dan memperkukuh ASEAN melalui penilaian semula institusi dan menerima pakai Piagam ASEAN.
27.27Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik. Malaysia akan terus memberi penekanan untuk memperkukuh pembangunan ekonomi serantau dan meningkatkan kemakmuran bersama di rantau Asia Pasifik. Sehubungan ini, perdagangan dan pemudahan perniagaan akan dilaksana dengan kos menjalankan perniagaan dikurangkan dan inisiatif bina upaya akan terus diberi penekanan. Malaysia akan menggalak lagi usaha di kalangan negara anggota untuk meningkat kerjasama ekonomi dan teknikal serta membina keupayaan modal insan dan institusi.
Kerjasama Pelbagai Hala
27.28Dalam tempoh Rancangan, Malaysia akan terus menyertai dan menyokong program organisasi pelbagai hala. Malaysia akan berusaha ke arah pembaharuan PBB bagi menjadikan proses membuat keputusan peringkat global lebih demokratik, memperkukuh usaha pelbagai hala dan menangani isu kemiskinan di negara Selatan. Malaysia juga akan terus bekerjasama dengan PBB dalam usaha menjaga keamanan dan ke arah penyelesaian konflik. Walau pun bantuan teknikal daripada sumber pelbagai hala berkurang dalam tempoh Rancangan, kerjasama akan diteruskan terutamanya untuk mencapai sasaran melepasi MDG.
27.29Malaysia akan mempromosi kaedah kerjasama baru melalui rundingan dengan rakan pembangunan termasuk pelaksanaan projek secara perkongsian kos. Di samping itu, Malaysia dengan kerjasama komuniti antarabangsa akan terus melaksana kaedah yang inovatif untuk membiayai pembangunan infrastruktur di negara membangun.
27.30Pertubuhan Persidangan Islam. Bagi meningkat lagi hubungan ekonomi di kalangan anggota OIC, Malaysia akan bekerjasama dengan negara anggota untuk melaksana inisiatif perniagaan yang akan menggalakkan perdagangan dan pelaburan antara negara anggota. Kerjasama ini termasuk meningkat peluang untuk memperoleh barangan dan perkhidmatan berkualiti daripada negara anggota. Malaysia akan bekerjasama dengan negara anggota untuk meningkat pewujudan kekayaan melalui aktiviti seperti pengeluaran dan pembekalan produk dan perkhidmatan halal, perbankan dan kewangan Islam, pendidikan serta pelancongan.
27.31Untuk mempromosi semangat berdikari, Malaysia akan terus menggalak negara OIC yang lebih membangun membantu pembangunan ekonomi negara anggota yang kurang membangun melalui bina upaya dengan tujuan membasmi kemiskinan. Pendekatan ini akan merapat jurang pembangunan yang ketara antara 10 negara OIC yang juga anggota OPEC dengan 22 negara OIC yang dikategorikan oleh PBB sebagai negara kurang membangun. Dalam melaksanakan Program Bina Upaya Negara OIC, Malaysia akan bekerjasama dengan IDB dan negara OIC yang lain membantu negara anggota berpendapatan rendah dan negara kurang maju yang dikenal pasti. Program ini termasuk bina upaya dalam bidang perikanan di Bangladesh, pembangunan perusahaan kecil dan pembiayaan mikro di Aceh, Indonesia, pembangunan sumber minyak dan galian di Mauritania serta bina upaya dalam industri kelapa sawit di Sierra Leone. Di samping itu, Fasa II program ini melibatkan Comoros, Guinea, Maldives, Burkina Faso, Palestin dan Somalia.
27.32Pergerakan Negara-Negara Berkecuali. Tempoh Malaysia menjadi Pengerusi NAM akan berakhir pada tahun 2006 dan akan diambil alih oleh Cuba. Sebagai bekas negara pemimpin NAM, Malaysia akan terus aktif dalam menyumbang kepada pengukuhan NAM bagi menghadapi cabaran baru global, menggalak dan memperkukuh usaha pelbagai hala, memastikan kedaulatan undang-undang antarabangsa dan satu order dunia yang demokratik dan saksama serta keamanan dan kestabilan global. Pusat Pembangunan Gender di Malaysia yang ditubuhkan di bawah NAM akan menerajui program yang akan menyumbang ke arah pembangunan gender di kalangan negara anggota.
27.33 Bank Pembangunan Asia. Untuk mengukuh keupayaan negara, Malaysia akan terus menyertai program yang ditawarkan oleh ADB. Di samping itu, kerjasama dengan ADB akan merangkumi perkongsian pengalaman pembangunan dengan negara Selatan melalui lawatan sambil belajar dibiayai oleh ADB dalam pelbagai bidang teknikal. Bidang kerjasama baru akan diteroka bagi meningkat daya saing negara dan menggalakkan kadar pertumbuhan yang mampan dalam rantau ini serta integrasi ekonomi yang lebih kukuh.
27.34Bank Pembangunan Islam. Malaysia akan terus bekerjasama dengan IDB untuk menggalak dan memperkukuh lagi kerjasama di kalangan negara anggota termasuk menyokong aktiviti Suruhanjaya Wawasan 1440H IDB. Sebagai Pengerusi Suruhanjaya ini, Malaysia akan memainkan peranan utama dalam merangka pelan tindakan IDB untuk meningkat kerjasama perniagaan dan hubung kait ekonomi melalui rundingan dengan negara anggota.
27.35Malaysia akan menyumbang kepada bina upaya dan pembangunan institusi sistem kewangan global Islam dengan mengguna kepakaran, pengalaman dan pengetahuan sedia ada. Sehubungan ini, Malaysia akan menawar program bina upaya dalam bidang pasaran modal Islam melalui Pusat Pembangunan Industri Sekuriti, iaitu institusi pendidikan dan latihan Suruhanjaya Sekuriti. Usaha akan juga dijalankan untuk bekerjasama dengan institut penyelidikan dan latihan IDB dan negara anggota lain ke arah mewujud sekumpulan profesional Muslim dalam bidang pasaran modal.
27.36Malaysia akan terus memperoleh pembiayaan daripada IDB dan menyertai program bina upaya untuk negara anggota termasuk program sangkutan, penghantaran pakar dalam bidang teknikal khusus dan menjadi tuan rumah program lawatan sambil belajar daripada negara anggota. Dalam tempoh Rancangan, kerjasama dengan IDB akan dipertingkat melalui pemberian 200 biasiswa secara perkongsian kos kepada pelajar daripada negara IDB untuk mengikuti kursus pada peringkat siswazah dan pasca siswazah di universiti tempatan.
27.37Bank Dunia. Kerjasama dengan Bank Dunia adalah terutamanya melalui bantuan teknikal dalam bidang tertentu seperti pelaburan, daya saing, pendidikan dan pertanian. Pakar antarabangsa yang akan melaksanakan aktiviti khidmat nasihat khusus akan terus diambil daripada Bank Dunia, sekiranya diperlukan.
27.38Agensi Khusus PBB. Dalam tempoh Rancangan, bantuan teknikal daripada agensi khusus PBB dijangka akan berkurang. Sehubungan ini, kaedah pembiayaan baru akan diteroka untuk melaksana projek dengan rakan pembangunan. Bagi meneruskan kerjasama dengan UNICEF, Jawatankuasa Penasihat Kebangsaan yang terdiri daripada wakil agensi Kerajaan dan NGO akan mengkaji semula dan memperaku kaedah alternatif untuk dilaksanakan secara sistematik dan telus bagi mengoptimumkan sumber sedia ada setelah Program Pelan Tindakan Negara UNICEF berakhir pada tahun 2007. Kerjasama dengan UNFPA juga akan dikaji semula dalam tempoh Rancangan untuk memaksimum faedah kepakarannya. Projek kerjasama yang dilaksana secara perkongsian kos dengan rakan pembangunan dijangka semakin meningkat.
27.39Bantuan teknikal daripada rakan pembangunan pelbagai hala seperti UNDP, UNFPA, UNICEF dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akan memberi tumpuan untuk mencapai sasaran melepasi MDG melalui projek pengurangan kemiskinan, pengurusan alam sekitar, tadbir urus, kesihatan, pendidikan dan isu mengenai gender. Kerjasama dengan rakan pembangunan akan semakin berasas kepada pembiayaan bersama, iaitu apabila Malaysia terus mencapai kemajuan dalam bidang tersebut. Pembiayaan bagi projek seperti kepelbagaian biologi, kecekapan tenaga, tenaga boleh diperbaharu, perubahan cuaca dan pengurangan pengeluaran chlorofluorocarbons (CFC) serta bahan lain yang mengurangkan lapisan ozon (ODS) ke dalam atmosfera akan terus diperoleh daripada tabung pelbagai hala termasuk Tabung Kemudahan Alam Sekitar Global (GEF). Malaysia juga akan menggunakan rangkaian global agensi khusus PBB untuk mendapat akses kepada idea baru.
27.40Kerjasama Selatan-Selatan dengan rakan pembangunan pelbagai hala akan dipertingkatkan. Sehubungan ini, Malaysia akan terus berkongsi pengalaman pembangunan dengan negara Selatan, terutama negara Afrika dan Asia Tengah dengan memberi tumpuan kepada pembasmian kemiskinan, perancangan pembangunan dan pembangunan EKS. Aktiviti ini melibat latihan khusus jangka pendek dan lawatan sambil belajar yang akan dikendalikan bawah PKTM serta kerjasama dengan agensi pembangunan antarabangsa lain.
27.41Organisasi Pelbagai Hala Lain. Rundingan dengan WTO akan ditumpu kepada peningkatan akses pasaran tanpa memasukkan isu luaran. Malaysia akan mengguna sepenuhnya penyertaan sebagai pemerhati dalam lapan jawatankuasa serta tiga kumpulan kerja dan pakar dalam Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) untuk meningkatkan lagi keupayaan menangani cabaran baru perdagangan antarabangsa. Di samping itu, Malaysia akan dapat menyuara pandangan terhadap isu perdagangan yang berkaitan dan terlibat dalam penggubalan dasar.
Program Kerjasama Teknikal Malaysia
27.42Sebagai pelopor utama kepada kerjasama Selatan-Selatan dan selaras dengan dasar “prosper-thy-neighbour”, Malaysia melalui PKTM akan terus menawar kerjasama teknikal kepada negara Selatan yang lain dalam tempoh Rancangan. PKTM akan memain peranan lebih strategik dalam memperkukuh perkongsian pintar, meningkatkan hubungan dua hala dan menggalakkan keupayaan berdikari di kalangan negara membangun melalui perkongsian pengetahuan dan pengalaman serta pembangunan modal insan. PKTM akan berusaha untuk bekerjasama rapat dengan sektor swasta dan NGO serta melaksana program secara perkongsian kos dengan negara anggota dan rakan pembangunan seperti JICA dan Rancangan Colombo bagi meluaskan skop dan liputannya.
27.43Teras strategik PKTM adalah untuk mempromosi perkongsian kerjasama, penglibatan lebih giat sektor swasta dan NGO serta pelancongan, industri, kesihatan dan pendidikan. Mekanisme pelaksanaan, pemantauan dan penilaian PKTM akan diperkukuh bagi meningkatkan impak dan keberkesanannya.
27.44Selaras dengan usaha untuk meningkat kerjasama Selatan-Selatan, PKTM akan memperluas program untuk mempromosi perkongsian di kalangan negara anggota. Pendekatan tersebut akan memperkukuh lagi hubungan perdagangan dan ekonomi dua hala antara PKTM dengan negara anggota.
27.45PKTM akan terus bekerjasama dengan NGO untuk membantu negara yang terlibat dengan tsunami dalam pengurusan risiko bencana. Kerjasama dengan NGO termasuk menganjurkan kursus bina upaya seperti pengurusan bencana dengan MERCY Malaysia serta untuk bantuan kemanusiaan.
27.46Dalam tempoh Rancangan, usaha akan diambil bagi menggalakkan pelancongan, industri, kesihatan dan pendidikan melalui PKTM dengan merangkumi program lawatan ke destinasi pelancongan, industri serta kemudahan kesihatan ke dalam kurikulum kursus. Biasiswa peringkat lepasan ijazah yang disediakan bawah PKTM akan diperlengkap dengan program biasiswa khas, iaitu Program Biasiswa Antarabangsa Perdana, yang dikendalikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.
27.47Langkah akan diambil untuk meningkat impak PKTM melalui pengukuhan mekanisme pelaksanaannya, pemantauan dan penilaian. Kaedah sedia ada kerjasama teknikal di kalangan negara membangun (TCDC) akan terus dihalusi dan skopnya diperluas terutama bagi menangani jurang digital, pembasmian kemiskinan dan tadbir urus ke atas perdagangan dan pelaburan global serta mempromosi proses ke arah pembentukan keamanan. Kaedah ini akan dikaji secara berterusan bagi mencerminkan keperluan semasa negara penerima. PKTM akan melaksana kursus TCTP dengan kerjasama rakan pembangunan seperti JICA dan Rancangan Colombo dalam bidang khusus dengan penyertaan lebih luas institusi sektor swasta.
27.48Usaha akan dipertingkat untuk bekerja rapat dengan perwakilan Malaysia di luar negara bagi melaksana PKTM secara lebih berkesan. Perwakilan tersebut akan membantu menubuh persatuan alumni dan menjalin rangkaian dalam negara anggota. Program PKTM akan terus menggunakan rangkaian alumni sebagai forum untuk mendapat input merancang hala tuju masa hadapan PKTM. Rangkaian alumni akan dijadikan sebagai sumber pakar rujuk seminar, bengkel dan persidangan. Rangkaian tersebut juga akan dipertingkat dengan penubuhan data exchange yang akan membolehkan perkongsian maklumat di kalangan semua institusi latihan.
27.49Program PKTM akan terus aktif menyokong kerjasama Selatan-Selatan termasuk kerjasama dengan pertubuhan pelbagai hala, negara penderma dan negara membangun lain untuk menyediakan TCTP dan bentuk kerjasama teknikal lain kepada negara anggota. Sehubungan ini, lebih ramai negara anggota akan digalakkan untuk menyertai program sebagai rakan kongsi PKTM melalui kaedah perkongsian kos. Pendekatan tersebut akan diguna pakai kepada negara anggota yang lebih membangun, terutamanya negara yang mempunyai pendapatan per kapita lebih tinggi daripada Malaysia.

V : INSTUTUSI PELAKSANAAN DAN PERUNTUKAN
27.50Bagi melaksanakan program kerjasama
dua hala dan pelbagai hala yang berkesan, agensi utama ialah Kementerian Luar
Negeri, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan UPE. Agensi ini
akan memberi tumpuan kerjasama dalam bidang keutamaan yang akan menyumbang ke
arah pembangunan ekonomi negara dan integrasi serantau serta rangkaian
antarabangsa. Perwakilan Malaysia di luar negara akan juga memain peranan
penting untuk melaksana program latihan PKTM dan mempromosi aktiviti lain
termasuk rangkaian alumni PKTM. UPE akan menyelaras, memantau dan menilai
aktiviti PKTM serta menyedia peruntukan kepada semua institusi latihan dan
agensi yang melaksana kursus PKTM.
27.51Dalam tempoh RMKe-9, sebanyak RM200 juta akan diperuntukkan kepada PKTM dan daripada jumlah tersebut lebih kurang 75 peratus akan dibelanja bagi pembangunan modal insan. Peruntukan tersebut merupakan pertambahan sebanyak 25 peratus berbanding dengan peruntukan RMKe-8.

V : PENUTU
27.52Dalam tempoh RMKe-8, Malaysia
bekerjasama aktif dengan komuniti serantau dan global bagi meningkatkan
hubungan dua hala, serantau dan pelbagai hala. Kerjasama Selatan-Selatan terus
diberi penekanan sebagai wahana untuk Malaysia menggalakkan hubungan ekonomi
yang lebih besar dengan negara membangun lain bagi faedah bersama. Kemajuan
ketara dicapai dalam perluasan skop dan liputan PKTM dan perkongsian dengan
agensi pembangunan antarabangsa lain serta menggalakkan kerjasama serantau
terutama menerusi ASEAN.
27.53Dalam tempoh RMKe-9, usaha akan diambil untuk mempertingkat kerjasama antarabangsa dua hala dan pelbagai hala untuk meneroka peluang baru bagi pembangunan ekonomi. Kerjasama serantau dengan anggota lain ASEAN akan diberi penekanan dan kerjasama di kalangan serantau akan digalakkan lagi melalui penyertaan dalam aktiviti APEC. Malaysia juga menggalakkan hubungan ekonomi di kalangan anggota OIC terutamanya dalam perdagangan dan pelaburan serta bina upaya dengan tujuan membasmi kemiskinan. PKTM akan memain peranan ketara dalam mempertingkat hubungan ekonomi dan politik dua hala dengan negara anggota. Kerjasama dengan negara membangun lain akan terus diberi penekanan bagi membolehkan kepentingan negara Selatan disatukan bawah agenda global dan jurang pembangunan antara negara maju dengan negara membangun dirapatkan

No comments:
Post a Comment